EU Rancang Pelan Tindakan Untuk Dron Menjelang 2019


BRUSSELS  - Kesatuan Eropah (EU) melancarkan pelan tindakan untuk kawalan keselamatan lalu lintas udara bagi pesawat tanpa pemandu atau dron di Eropah menjelang 2019.

Pelan itu bertujuan untuk memanfaatkan potensi pengkomersilan teknologi dron yang semakin meningkat.

Selain itu, pelan berkenaan turut membolehkan dron beroperasi pada ketinggian yang maksimum sambil diawasi oleh pengendali berkaitan.

“Dron bermaksud inovasi, perkhidmatan baharu untuk rakyat, model perniagaan baharu dan potensi besar untuk pembangunan ekonomi.

“Kita memerlukan EU untuk menjadi pemacu dan mempunyai perkhidmatan dron yang selamat di pasaran menjelang 2019,” kata Menteri Pengangkutan EU, Violeta Bulc.

Idea tersebut dicetuskan bagi membangunkan sistem serupa seperti Pengurusan Trafik Udara sedia ada dan membekalkan maklumat kepada dron untuk terbang secara selamat serta mengelakkan kemalangan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com