Duta Besar Malaysia Di Indonesia Berbuka Puasa Bersama Media


JAKARTA - Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meraikan kira-kira 20 editor dan wartawan kanan media tempatan di sini dalam majlis berbuka puasa malam kelmarin.

Antara yang hadir Timbalan Ketua Pengarang agensi berita Antara Aulia Badar dan Pengurus Pengacara dan Bakat TVone Divi Lukmansyah, wartawan akhbar tempatan, pegawai kanan kedutaan dan Ketua Biro Bernama di Indonesia Azeman Ariffin.

Zahrain berkata, majlis itu bertujuan merapatkan hubungan antara pihak kedutaan besar Malaysia dengan pemimpin media selain dapat berkenal mesra antara satu sama lain.

"Kita sentiasa meraikan wartawan Indonesia dan menganjurkan pelbagai majlis untuk mengeratkan hubungan antara pengamal media dengan kedutaan," katanya.

Katanya wartawan tempatan juga akan diundang ke majlis rumah terbuka di residensi kedutaan pada 15 Julai depan. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com