Dua Peniaga Online Di Sg Petani Didakwa "Taja" Kewangan Pengganas

  Dua peniaga online didakwa terlibat beri perkhidmatan kewangan untuk pengganas

ALOR SETAR - Dua peniaga dalam talian Online semalam dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti  pembiayaan dan "menaja' sumber kewangan terhadap puak keganasan sejak dua tahun lalu.

Tertuduh merupakan Muhammad Hassan Syauqi Omar, 23, dan seorang lagi Mohd Shaifful Jaafar, 31, masing-masing berdepan dengan tiga pertuduhan dan satu pertuduhan.

Ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua susupek.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, tertuduh, Muhammad Hassan Syauqi didakwa kerana dengan sengaja membenarkan perkhidmatan kewangan sebanyak RM100 masuk ke dalam akaun miliknya.

Wang itu dipercayai akan memanfaatkan pengganas Muhammad Fudhail Omar, 25, di Jalan Bukit Puteri 11/3A, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada 4.36 petang 28 April, 2015.

Manakala pertuduhan kedua pula menyaksikan tertuduh sekali lagi memberi perkhidmatan kewangan dengan membenarkan kemasukan RM200 ke dalam akaun miliknya.

Kemudian wang tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Muhammad Fudhail pada 8.19 malam 1 Mei, 2015.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Hassan Syauqi sekali lagi membenarkan kemasukan sebanyak RM2,000 ke dalam akaun milikinya, kali ini wang tersebut bertujuan bagi kegunaan pengganas Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 38, di alamat sama pada 3.03 petang, 29 April, 2015.

Akibat ketiga-tiga pertuduhan tersebut maka Hassan Syauqi kini didakwa dibawah  Seksyen 130O (1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130O (1)(bb) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta denda.

Sementara bagi Mohd Shaifful pula didakwa telah memberi wang RM890 kepada Muhammad Hassan Syauqi dengan menggunakan akaun bank miliknya.

Difahamkan bahawa wang tersebut bertujuan bagi melakukan aktiviti keganasan di 1605, Lorong Teja 34, Taman Keladi, Sungai Petani, 9.15 malam 12 April, 2015.

Tertuduh kini didakwa mengikut Seksyen 130N(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta denda. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com