Dodol Warisan Eratkan Penduduk Taman Lestari Putra


KUALA LUMPUR - Menjelang hari lebaran yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi, berbagai persiapan untuk meraikannya sedang dijalankan.

Begitu juga bagi penduduk Taman Lestari Putra, Seksyen 4 (LEP4) yang sibuk bergotong-royong memasak dodol dalam satu program yang dinamakan Program Pecinta Dodol Warisan LEP 4.

Penyelarasnya Muhamad Hisham Mohamad Aripin  berkata, sebanyak dua buah kawah digunakan untuk membuat dodol yang setiap satunya boleh menghasilkan sebanyak 20 kilogram dodol.

Menurut Hisham untuk menghasilkan dodol itu, mereka menggunakan tepung pulut sebanyak 7.5kg, santan asli 15 kg, gula melaka 7.5kg, gula pasir 4.5 kg serta garam secukup rasa.

“Selain itu kami juga mengunakan daun pandan untuk mewangikan dodol ini dan dimasak selama empat hinga lima jam," jelasnya.

Seramai 20 orang penduduk terlibat dalam gotong royong, bersilih ganti ganti  mengacau dodol sehingga selesai.

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com