Daftar Perniagaan Melalui Perkhidmatan Ezbiz Online - SSM


KANGAR - Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan 'EzBiz Online' dan tidak perlu hadir ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pengarah SSM Perlis, Ahmad Nizam Samsoo berkata pemilik syarikat juga boleh memperbaharui daftar perniagaan, membuat perubahan dan menamatkan perniagaan atau membayar kompaun secara dalam talian.

"Transaksi melalui EzBiz Online ini boleh dilaksanakan bila-bila masa dan di mana sahaja oleh pelanggan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tetapi perlu mendaftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan itu secara percuma seumur hidup," katanya.

Beliau berkata demikian pada 'Kempen Pakat Mai Daftar EzBiz Online Peringkat Negeri Perlis 2017' di perkarangan Pasar Ramadan Bintong yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini kelmarin.

Program Gerak Prihatin MAIPs@Ramadan Al-kareem Edisi Keempat bagi tahun 1438 Hijrah turut diadakan bersempena kempen itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) turut menyampaikan bonus MAIPs sebanyak RM250 kepada semua amil lantikan majlis itu dari seluruh Perlis. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com