Cubaan Seludut Beras Pulut Tumpas Di Sempadan Kedah

 Image result for seludup beras pulut

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah berjaya menumpaskan cubaan untuk menyeludup 30 tan metrik beras pulut bernilai RM120,000.  

Beras pulut tersebut dipercayai cuba diseludup dari negara jiran sebelum pihak berkuasa berjaya menghidu perbuatan terlarang tersebut dan bertindak menahan dua buah lori di dua lokasi ber­asingan di Changlun di sini Ahad lalu.

Komander Aksem Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Mohd. Khairi Abdullah berkata, beras pulut tersebut diseludup bagi memenuhi permintaan yang tinggi ekoran umat islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ujar Khairi, anggota Aksem menahan lori pertama yang dipandu lelaki tempatan ber­usia 38 tahun di Jalan Kampung Langsat-Changlun di sini pada pukul 4 petang.

Manakala lori kedua pula juga dipandu lelaki tempatan ber­usia 39 tahun di Jalan Kodiang-Changlun yang terletak tidak jauh dari lokasi pertama ditahan pada pukul 4.30 petang.

“Setiap lori terbabit membawa 300 guni beras pulut sebarat 15 tan metrik tanpa sebarang dokumen yang sah untuk dihantar ke beberapa premis perniagaan di sekitar negeri ini.

“Kedua-dua buah lori itu juga dipercayai melibatkan sindiket penyeludupan beras yang sama tetapi bergerak secara ber­asingan untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa,” kata­nya pada sidang akhbar di Kompleks Pentadbiran Aksem Bukit Kayu Hitam di sini kelmarin. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com