Bunuh Isteri, Penganggur Diheret Ke Mahkamah Di Sg Petani


SUNGAI PETANI – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh isterinya, hujung Mei lalu.

Tertuduh, V Mathiyalagan, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kematian R Ratna 44, di sebuah rumah di Lorong Fairuz, Taman Arked, Sungai Petani pada 12 tengah hari, 26 Mei lalu.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Ogos sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com