B-22: Ong Kim Swee Akui Ada Peningkatan, Perlu Konsisten


PETALING JAYA - Menang tapi bukan bermakna satu kejayaan, jelas Ketua jurulatiha Bawah 22 Tahun  negara, Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian selepas menang 3-0 ke atas kelab Guangzhou Evergrande pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa terakhir di Guangzhou, China pada Khamis.

"Matlamat kita untuk China bagi mengharungi beberapa perlawanan sudah dicapai berdasarkan beberapa perkara.

"Pertama, semua pemain turut beraksi dalam tiga perlawanan di sini (Guangzhou), manakala bertemu Guangzhou Evergreen hari ini, saya telah menurunkan yang terbaik.

"Mereka telah melakukan yang terbaik dan menunjukkan gerakan-gerakan di pintu gol yang cukup efektif.

"Malah pemain barisan depan juga mempu melakukan jaringan di depan pintu gol," ujarnya dalam satu rakaman kepada media selepas perlawanan.

Bagaimanapun jelas Kim Swee, kemenangan tersebut bukan kejayaan yang cukup baik.

"Kita masih lagi dalam proses pembinaan dan bagi saya apa yang aping penting adalah perlu kekalkan prestasi dan perbaik permainan. Di  ke Kuala Lumpur nanti kita akan teruskan latihan dan bertemu pasukan Melaka pada 22 Jun ini.

"Mungkin saya boleh katakan bahawa pemain-pemain utama sudah dikenal pasti.

"Namun masih awal lagi kerana kita masih ada lagi masa sebulan sebelum kelayakan Piala AFC.

"Pemain-pemain akan dipanggil menjalani latihan pada awal Julai ini," ujarnya.

Skuad Projek Sukan SEA ini bertandang ke Guangzhou, China bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dan dalam masa sama persiapan untuk Kelayakan Piala AFC 2018 Julai ini.

Pada aksi pertama menentang skuad Bawah 22 Tahun China, Ahad lalu, pasukan negara tewas 1-0 sebelum menang 3-0 pada aksi terakhir.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com