Atuk Rock 'Head-Banging' Ketika Memandu


SEORANG 'atuk' dirakam membuat aksi head-banging dan air drumming ketika menikmati lagu Metallica di dalam keretanya.

Warga emas itu dirakam oleh seorang penunggang motor ketika membuat 'persembahan solo' tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Dia dikatakan seiras dengan pemain drum legenda  heavy-metal Amerika Syarikat, Lars Ulrich.

Persembahan bertenaga lelaki yang memandu kereta berwarna putih itu dimulakan dengan aksi menghayun kepaka beberapa kali di tempat duduk pemandu.

Melalui rakaman tersebut, 'atuk' berkenaan dilihat benar-benar sukakan muzik rock. 

Sumber : Mirror

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com