Anak Gajah Mati Tepi Jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli


IPOH - Seekor anak gajah berusia dua tahun ditemukan maut dan berlumuran darah di bahu jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Loo Kean Seong berkata, pegawainya menemui anak gajah itu sekitar pukul 7 pagi Jumaat.

"Kejadian seperti ini jarang berlaku, kami berharap para penunggang motosikal lebih berhati-hati melalui jalan ini.

"Kami telah mengeluarkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya. Jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab terutamanya kepada yang memandu lewat malam atau awal pagi," kata Loo.

Loo turut menggesa agar semua pengguna jalan raya di seluruh negara untuk menghubungi Perhilitan negeri sekiranya berdepan dengan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir dan harimau bintang.

"Hal ini memudahkan kami untuk membuat siasatan dan menanam bangkai haiwan itu daripada membiarkannya mereput di atas jalan," tambah beliau.

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com