Ahli PPBM Kecewa Mukhriz Tiada Dalam Senarai Terbaru Kabinet Pakatan?


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak disenaraikan dalam kabinet bayangan Pakatan Harapan (PH) seperti mana yang 'diumumkan' oleh anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Walaupun bukan rasmi, ia agak 'mengecewakan' ahli PPBM yang mahu melihat Mulhriz itu turut berada sebaris dengan pemimpin parti  gabungan PH yang lain seperti Datuk Seri Azmin Ali, Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Muhamad Sabu, Datuk Saiffuddin Nasution dan Tony Pua.

Bagaimanapun Zahid mungkin  mempunyai sebab untuk tidak memilih Mukhriz kerana  PPBM belum lagi mempunyai kerusi Parlimen berbanding parti lain seperti PKR, DAP dan PAN. 

PPBM yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad  kini hanya miliki kerusi tunggal di Pagoh yang diwakilli oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebab lain mungkin kerana Zaid sudah pun mencadangkan Dr Mahathir, iaitu bapa Mukhriz sebagai calon yang paling layak untuk menduduki semula jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara ini.

Dalam pada itu  Zaid juga sudah menamakan Muhyiddin, iaitu orang nombor dua dalam PPBM sebagai menteri yang bertanggungjawab tentang porttfolio cukup penting yang berkaitan tenaga dan minyak negara.  

Mengikut senarai kabinet Zahid itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR bakal memegang jawatan Menteri Kewangan.

Bagi jawatan Menteri Pendidikan pula, Zaid mencadangkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala kerusi Menteri Dalam Negeri perlu diberikan kepada pemimpin PPBM.

Zaid yang beberapa kali melompat parti turut mencadangkan jawatan Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang kepada R.Sivarasa mewakili PKR.

Nama-nama lain yang disyorkan oleh Zaid ialah Tony Pua (DAP) sebagai Menteri Perdagangan manakala Rafizi diberi peranan dalam agensi besar seperti Mara, Felcra, Risda, Felda dan Tabung Haji.

Menurut Zaid, tugas Menteri Hal Ehwal Agama juga perlu diberikan kepada pemimpin PAN iaitu Datuk Mujahid Yusof Rawa manakala Presiden  PAN Mohamad Sabtu dicadangkan sebagai Menteri Pertahanan.

Beliau turut mencadangkan seorang menteri penyelaras baharu bagi Hal Ehwal Sabah/Sarawak dan Kementerian Telekomunikasi, Sains dan Teknologi digabungkan menjadi satu dibawah pemantauan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Jawatan Menteri Luar perlu diberikan kepada pemimpin PPBM manakala Nurul Izzah (PKR) akan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Senarai kabinet bayangan PH itu menurut Zaid boleh meredakan perbezaan parti gabungan terhadap jumlah kerusi yang perlu ditandingi.

 Kata Zaid lagi, sekiranya pemimpin parti gabungan itu membincangkan isu tersebut lebih awal, ia dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa pakatan bersedia membentuk kerajaan.

Selain itu ia dapat mengelak pertikaian baru yang akan melemahkan pakatan rapuh ini," kata Zaid dalam laman blognya beliau pada Isnin. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com