500 Ekor Kucing Diselamatkan Daripada Jadi Lauk Makan Malam


BEIJING - Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan lebih 500 ekor kucing daripada menjadi mangsa makan malam penduduk di timur China.

Kucing itu diselamatkan selepas polis di bandar Jiujiang, wilayah Jiangsu berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki menangkap kucing-kucing dan merancang untuk menjualnya kepada restoran-restoran di bandar lain, lapor portal, 163.com.

Suspek yang dikenali sebagai Sun dipercayai telah menangkap kucing-kucing dan menjualnya ke restoran beberapa kali sebelum ini.

Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Yang membuat laporan polis mengenai kecurian haiwa-haiwan tersebut termasuk yang dipeliharanya.

Menurut Yang, baru-baru ini, haiwan peliharaannya yang sedang menyusukan lima anak kucing baru lahir telah hilang.

Siasatan polis kemudian menemui  kucing-kucing itu yang disembunyikan di satu sebelum dijual ke restoran-restoran.

"Suspek menggunakan burung pipit sebagai umpan untuk menangkap kucing.

"Beberapa kucing yang ditangkap adalah haiwan peliharaan dan yang lain adalah kucing jalanan.

"Setiap kucing dijual dengan harga lebih dari 30 yuan (RM19)," kata polis yang mengendalikan kes tersebut.

Banyak kucing kemudian dijumpai di pondok berdekatan lebuh raya, sesetengah daripadanya hampir mati kelaparan.

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com