40 Pesawah Di Pendang Alami Mimpi Ngeri, Sawah Tak Menjadi

 Related image

ALOR SETAR - Masalah ketiadaan bekalan air yang cukup telah menyebabkan 40 pesawah sekitar Kampung Batu 8, Jalan Tokai, Pendang alami mimpi ngeri kerana anaman padi mereka seluas 60 hektar tidak menjadi.

Pesawah, Fadhil Ahmad, 69, berkata masalah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka kerana ianya sering kali berlaku sejak dari tahun 2005 dan sehingga kini ia masih belum diselesaikan.

“Masalah bermula apabila pihak Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) membina kok v (pembetung V) bagi memastikan air mengalir masuk ke sawah,” katanya.

Menurutnya, pesawah-pesawah di kawasan tersebut dahulunya membantah pembinaan pembentung V, namun rungutan dan bantahan pada tahun 2005 tersebut langsung tidak diendahkan.

“Sebelum depa buat kok V kami dapat air elok, tak pernah ada masalah tapi lepas kok V dibina air mula tidak masuk petak sawah.

“Bertahun kami hadapi masalah ni, sehingga kami ambil keputusan untuk kumpul duit dan tenaga buang kok V yang Mada buat dan dalamkan saliran, tapi masalah tetap tak  selesai,” katanya lagi.

Justeru itu, pesawah memohon agar MADA segera membina pembentung U bagi membolehkan air masuk semula ke petak sawah mereka, jika gagal maka mereka bakal mengalami kerugian dan terbeban ekoran pendapatan yang merosot.

“Macam mana nak makan dan tanggung keluarga kalau tanah sawah yang seluas satu relung hanya hasilkan empat guni padi,” soal seorang pesawah, Hashim Sharif, 60.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com