2,600 Penguat Kuasa Pantau Skim Kawalan Harga


TAIPING - Seramai 2,600 pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terbabit dalam pemantauan Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya Puasa bermula semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain pegawai penguat kuasa, pemantauan selama 14 hari sehingga 30 Jun itu juga akan dibantu oleh kira-kira 400,000 Friends of KPDNKK seluruh negara.

"Pegawai-pegawai penguat kuasa akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

"Pada masa sama, KPDNKK akan mendapatkan kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Skuad Pengguna, penghulu dan ketua masyarakat untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaan skim ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2017 di pasar raya Tesco di sini semalam. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com