23 Pelancong Hong Kong Melawat Ladang Mempelam Harumanis


KANGAR - Seramai 23 orang pelancong dari Hong Kong semalam berpeluang melawat ladang mempelam harumanis Bukit Bintang di Batu Pahat milik Jabatan Pertanian Perlis di sini dan merasai sendiri keenakan ikon Perlis itu.

Sepanjang lawatan kira-kria dua jam di ladang itu, mereka diiringi timbalan pengarah jabatan tersebut, Low Wei Han yang memberi penerangan mengenai harumanis.

Low berkata kehadiran pelancong Hong Kong tersebut antaranya penulis memberi peluang kepada pihaknya untuk memperkenalkan dan mempromosi harumanis di peringkat antarabangsa.

"Kita tidak melepaskan peluang ini dan berharap kumpulan ini akan mewarwarkan lagi keenakkan harumanis berbanding mempelam jenis lain di samping mempromosi industri pelancongan Perlis," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Batu Pahat.

Pelancong tersebut sebelum itu singgah di Pulau Pinang untuk merasai durian yang disifatkan raja buah. - BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com