10 Pemain Perancis Malukan England


PARIS - Biar pun terpaksa bermain 10 orang dan ketinggalan 0-2 pada satu ketika, Perancis masih mampu menewaskan England 3-2 dalam satu aksi persahabatan antarabangsa di tempat sendiri awal pagi semalam.

Ousmane Dembele muncul wira Perancis apabila menjaringkan gol kemenangan ketika kedua-dua pasukan terikat 2-2 hasil jaringan dua gol Harry Kane untuk England dan masing-masing satu gol daripada Samuel Umtiti dan Djibril Sidibe untuk pasukan tuan rumah.

Tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane kerana membantah sepakan penalti yang dihadiahkan kepada England ternyata tidak langsung menjejaskan semangat Perancis untuk bangkit menyamakan kedudukan dan seterusnya memenangi perlawanan itu. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com