Walau Usia 50 Tahun, Julia Roberts Dinobat Wanita Tercantik Dunia 2017


PELAKON Pretty Woman, Julia Roberts baru-baru ini dinamakan sebagai Wanita Tercantik Dunia 2017 oleh majalah selebriti popular People.

Ini merupakan kali kelima aktres berusia 50 tahun itu menerima gelaran yang sama sejak menceburi bidang seni 30 tahun lalu.

Gelaran sama diraih Julia pada tahun 1991, 2000, 2005 dan 2010.

Mengulas mengenai perkara itu, Julia mengatakan dia sangat terharu dengan gelaran tersebut dan secara berseloroh mengatakan dia ingin menghantar kad Krismas kepada kawan baiknya, aktor George Clooney yang setakat ini baharu dua kali sahaja bergelar Lelaki Terseksi Dunia.


Julia merupakan isteri kepada jurusinematografi Danny Moder dan mereka mempunyai tiga orang anak, kembar Hazel dan Phinnaeus, 12, dan Henry, 9 tahun.

Julia juga merupakan ibu saudara kepada aktres Emma Roberts. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com