Majikan Terkejut Bibik Curi Pakai Baju Dalam Untuk Bergambar Ghairah

Gambar Hiasan
SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak memakai pakaian dalam miliknya.

Sudahlah pakai baju dalam majikannya, malah si pembantu itu tidak segan silu berkongsikan fotonya beraksi seksi dan manja di atas katil bilik majikannya yang diletakkan di laman Facebook.

Memetik laporan Sin Chew Daily, majikan tersebut yang enggan dikenali berkata dia menemui gambar-gambar ghairah pembantu rumahnya itu ketika sedang melayari Facebook pada Sabtu lalu.

“Selain mendapat tahu dia memakai baju dalam saya, dia juga ada membawa masuk orang lain ke dalam rumah saya tanpa pengetahuan saya sepanjang saya tiada di rumah,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, dia dan suami memang sering bekerja di luar daerah (outstation) dan kediaman mereka tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

“Mungkin disebabkan itu (tak install CCTV), dia ambil kesempatan pakai baju saya dan juga bawa orang asing yang saya tak kenal ke dalam rumah,” ujarnya lagi. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com