Kiatisuk Letak Jawatan, Thailand Intai 5 Jurulatih Terkemuka


KEKOSONGAN posisi ketua jurulatih bola sepak Thailand masih belum diisi selepas Kiatisuk Senamuang melepaskan jawatan tersebut hujung bulan lalu.

Menurut laporan media mengatakan beberapa nama besar dalam bola sepak turut mengintai jawatan di Thailand ini termasuk bekas pembantu kelab Manchester United, Rene Meulensteen.

Bekas pembantu kelab Manchester United, Rene Meulensteen.
Meulensteen merupakan orang kanan Sir Alex Ferguson di Old Trafford di antara tahun 2007 dan 2013. Dia juga merupakan bekas pengurus Fulham.

Dia dilaporkan telah bertemu dengan presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Somyot Rabu lalu.

Sementara itu  Winfried Schafer yang pernah mengendalikan skuad Thailand sebelum ini turut dilaporkan bertemu pegawai FAT awal minggu lalu.

Bekas jurulatih Cameroon,vWinfried Schafer
Jurulatih kelahiran Jerman itu pernah bersama Thailand di antara tahun 2011 dan 2013.

Schafer juga merupakan bekas jurulatih Cameroon yang berjaya menjulang trofi Piala Afrika (2002) sebelum membawa mereka layak ke Piala Dunia tahun yang sama.

Bekas pengurus Leicester City, Claudio Ranieri
Seorang lagi jurulatih yang menjadi tumpuan ialah bekas pengurus Leicester City yang dipecat, Claudio Ranieri, namun masih belum ada pengesahan FAT.

Bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Brazil, Dunga
Dan yang terbaharu dikaitkan dengan pasukan Thailand adalah bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Brazil, Dunga.

Bekas pemain legenda Brazil, Zico
Manakala seorang lagi calon terkenal merupakan bekas pemain legenda Brazil, Zico.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com