Video Alza Rempuh Motosikal Pula Tular Di Media Sosial


PETALING JAYA - Sebuah video yang dirakam pada petang Selasa menunjukkan sebuah kereta merempuh motosikal di persimpangan Pandan Indah kini tular.

Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.

Ketika berita ini ditulis, rakaman tersebut dikongsi sebanyak 3,906 kali.

Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu isyarat merah.


Pemandu kereta Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.

Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com