PAS Dedah Durjana Paling Besar DAP


KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan seluruh umat Islam bahawa DAP sedang memperalatkan segelintir pemimpin politik beragama Islam di negara ini untuk mencapai impiannya sejak sekian lama untuk memerintah Malaysia

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, pemimpin politik beragama Islam terbabit sanggup diperkudakan oleh DAP gara-gara mendapat tawaran keduniaan oleh parti cauvanis itu.

“DAP kelihatan semakin bertindak semberono dan melampaui kewajaran. Semua angkara kelakuan politik sendiri yang gopoh, ego dan rakus umpama senjata makan tuan.

“Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan. Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.


DAP ketika ini mengetuai Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN)

Parti itu menandatangani perjanjian kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Malah, Mahathir kelmarin mengumumkan PPBM yang dipimpin bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM gara-gara berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi kepentingan perniagaan dan politiknya.

Ahmad Amzad dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahawa DAP sememangnya mengidam jawatan nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri).

Justeru, katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran apabila PAS menolak pelawaan kerjasama oleh DAP yang bertujuan turut memperkudakan PAS.

Kata beliau, penolakan itu menyebabkan Kit Siang mahu menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa PAN yang kononnya parti Islam dalam Pakatan Harapan sebenarnya khadam kepada DAP.

“Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia. Lebih sengsara melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok,” katanya. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com