Tak Serik Berumah Tangga, Izreen Akui Rapat Dgn Seseorang


GAGAL menerusi perkahwinan pertamanya, itu bukan bermakna pelakon Izreen Azminda takut untuk kembali mendirikan rumah tangga.

Memberi peluang kepada hatinya, Izreen, 32, akui sudah sedia bergelar isteri dan dia kini mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang sejak setahun lalu.

Dia bagaimana pun, memilih enggan mengulas lanjut perihal hubungan itu kerana masih belum ada kata putus.

Jelasnya, lelaki itu bukan daripada pengiat industri hiburan dan masih bujang.

“Sekarang memang saya tengah berkenalan dengan seseorang, namun selagi belum ada apa-apa kata putus, saya tak akan membuka mulut mengenainya.

“Saya tak mahu dipanggil wanita syok sendiri yang sibuk bercerita nak kahwin, tapi akhirnya tak jadi.

“Sekarang bukanlah masanya untuk saya uar-uarkan siapa sebenarnya dia. Tapi yang pasti dia bukan pelakon atau penyanyi…dia hanya orang biasa yang ada kerjaya.

“Saya perlukan lelaki yang berikan saya inspirasi dan ada beberapa perkara yang dilakukannya membuatkan saya teruja untuk mengenalinya lebih dekat,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar, 4.

Dalam perkembangan lain, Izreen baru sahaja dilantik sebagai duta produk kecantikan Meeracle Gemstone. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com