Rumah Terbakar Di Kg Batu Hampar, Mangsa Melecur

Kejadian berlaku di Kampung Batu Hampar. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat.
MERBOK - Seorang mangsa melecur di beberapa anggota badan manakala seorang lagi cedera di betis ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran dekat Kampung Batu Hampar di sini kira-kira jam 5.24 pagi semalam.

Mangsa, Aziz Abdul Rahman, 60, dipercayai melecur di muka, tangan dan belakang manakala anaknya, Azizul 34, cedera di betis akibat terkena tingkap.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan jentera EMRS.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Khairil Syamsul Mohd Yusof bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan kekuatan anggota seramai 14 anggota termasuk pegawai terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, ketika sampai, sebuah rumah satu tingkat kelas A didapati terbakar sehingga 60 peratus.

"Panggilan diterima kira-kira jam 5.24 pagi dan sampai pada 5.46 pagi dengan jarak dari balai sejauh 18 kilometer, api  berjaya dikawal pada jam 6.02 pagi," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com