Rasuah: Pengarah Kolej Vokasional, 2 Lelaki Direman Batu Siasatan


KANGAR – Seorang pengarah Kolej Vokasional di Perlis direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kangar, Monica Joseph Gaisah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman wanita berusia 55 tahun itu sehingga Selasa depan.

Pengarah wanita itu tiba di mahkamah di sini pada kira-kira 10 pagi.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata wanita itu ditahan kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan berkaitan sebut harga barang perkhidmatan latihan bernilai hampir RM500,000.

“Dua lagi lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan iaitu masing-masing seorang pengurus syarikat berusia 55 tahun dan eksekutif pemasaran 29 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com