Raja Ilya Bakal Ke Hollywood, Bintagi Filem Terbaru Terbitan Marvel


PELAKON Raja Ilya telah mendedahkan bahawa dia bakal terlibat di dalam sebuah filem terbaharu terbitan Marvel dan bakal terbang ke Hollywood.

Raja Ilya, atau nama sebenarnya Ramilah Begum Raja Mohammad, memberitahu sebuah portal tempatan bahawa penggambaran akan bermula pada akhir tahun ini.

Pun begitu, pelakon Soulmate Hingga Jannah ini tidak dapat mendedahkan banyak maklumat tentang filem yang bakal dibintanginya itu buat masa ini.

“Saya tidak tahu di mana lokasi penggambarannya, namun apa yang diberitahu adalah saya akan terbang ke Hollywood pada hujung tahun ini untuk memilih watak dan tajuk filem Mervel yang mana saya akan terlibat,” katanya kepada Star2.com.


Jelas Raja Ilya lagi, tawaran untuk berlakon di dalam filem itu diperoleh menerusi seorang kenalan dari Indonesia yang pernah berlakon di dalam beberapa filem terbitan Marvel dan Disney.

“Lebih kurang enam bulan lagi, saya akan memulakan kelas latihan saya di Jakarta dengan Yayan Ruhian sebelum terbang ke Hollywood,” katanya.

Yayan Ruhian merupakan seorang artis seni mempertahankan diri Indonesia yang pernah terlibat dalam filem The Raid and Star Wars: The Force Awakens sebagai Tasu Leech.

Mesti ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apa tajuk filem dan watak yang bakal dibawa oleh Raja Ilya di dalam filem tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkembangan terbaharu daripada empunya badan dan semoga peluang yang diperolehi ini menjadi satu penggalak untuk Raja Ilya mencipta nama di pentas Hollywood.

Terdahulu, pelakon ini juga pernah memberitahu akan berlakon dalam sebuah filem Melayu berkonsepkan kehidupan watak seorang wanita Punjabi bersama pelakon Bollywood, Kajol. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com