PKR Ajak Rakyat Teruskan Agenda Reformasi


SHAH ALAM - PKR mengajak seluruh masyarakat untuk terus beristiqamah dalam membawa agenda reformasi dan perubahan dalam negara.

Ini kerana, menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,  negara sedang berdepan cabaran yang begitu getir masa kini.

"Pastikan semangat reformasi tidak luntur dari sanubari kita.

"Saat-saat getir inilah yang akan menentukan halatuju negara," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau lagi, masyarakat wajar menjadikan semangat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sumber aspirasi dalam gerakan reformasi.

"Pemenjaraan Anwar berniat mematahkan semangat beliau dan kita semua dalam perjuangan reformasi untuk menyelamatkan negara dari kleptokrat, perasuah dan perosak institusi-institusi demokrasi di negara tercinta ini.

"Namun semangat Anwar terus kukuh, bahkan beliau jelas berjiwa besar. Oleh yang demikian kita harus istiqamah dalam membawa agenda reformasi. Saat-saat getir inilah yang akan menentukan halatuju negara," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com