Pemilik Katering Keliru, Pengantin Di Tikam Batu Ubah Tarikh Beberapa Kali

Lauk ayam dan daging yang dihantar kira-kira jam 4 petang sedangkan majlis dijangka tamat jam 5 petang.
TIKAM BATU - "Saya akui kesilapan saya hantar makanan lewat tetapi semuanya selesai tanpa sebarang masalah."

Itu antara reaksi pemilik katering yang memperkenalkan dirinya sebagai Syed ketika dihubungi media kelmarin berhubung ketidakpuasan hati sepasang pengantin apabila makanan yang ditempah tidak dapat disiapkan sepertimana yang dijanjikan.

Dakwa Syed, antara faktor yang menimbulkan kekeliruan termasuklah pihak pengantin mengubah tarikh beberapa kali sehingga menyebabkan pihaknya tersilap.

“Saya akui kesilapan saya sebab hantar makanan lewat tapi bukan kita tak hantar makanan, semuanya dah ada, dah selesai.

“Bila dihubungi oleh pihak pengantin, saya cuba atasi dengan menghantar lauk back up dulu, lepas itu baru hantar lauk lain kemudian,” katanya.

Dakwanya, dia juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com