Pelajar Tingkatan 1 Dakwa Dirogol 2 Pelajar Senior Di Melaka

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun mendakwa dirogol dua pelajar senior lelaki di dalam kawasan sekolah di Jasin, Melaka minggu lalu.

Sekitar jam 2.30 petang Selasa lalu, pelajar perempuan tersebut dikatakan diheret dua pelajar lelaki masuk ke dalam bilik stor lalu membuka pakaian mangsa sebelum merogolnya.

Perbuatan dua pelajar lelaki berkenaan di sedari apabila seorang kakitangan pentadbiran sekolah terdengar bunyi teriakan pelajar perempuan terbabit lalu bergegas ke bilik stor tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

Sejurus selepas itu, dua pelajar lelaki berkenaan melarikan diri, dan kejadian tersebut diceritakan pelajar perempuan tersebut di bilik pengetua sekolah.

Pada keesokan harinya, setelah disoal siasat, salah seorang pelajar lelaki terbabit mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu dan menyatakan perbuatan itu adalah diatas kerelaan pelajar perempuan itu sendiri.

Setelah dua kejadian tersebut berlaku, laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Sejurus itu, pihak polis telah menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku di kawasan sekolah pada siang hari.

Ujarnya lagi, kawalan keselamatan oleh pihak sekolah perlu diperketatkan agar kejadian sebegini tidak berulang.

“Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan,” katanya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com