Nama "Putra Naruto": "Jangan La Serius Sangat, Gurau Je Pun.." - Bapa


Nampaknya satu Malaysia terkena "prank" dengan seorang pelawak mengenai kisah bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad Putra Naruto yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Ini kerana nama sebenar bayi ini adalah Muhammad Putra Iyyad Mohd Shah Rizal dan bukan ‘Naruto’ seperti yang disangkakan ramai.

Penjelasan itu dibuat bapa bayi berkenaan, Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman menerusi laman Instagramnya.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang, nama Naruto itu hanyalah gurauannya bersama keluarga dan dia sendiri tidak menyangka perkara itu boleh menjadi tular hingga menyebabkan dia dikecam netizen.


Jelasnya, sijil kelahiran itu telah disunting sebelum dimuat naik olehnya.

“Sebenarnya nama anak Shah bukanlah Putra Naruto, itu semue gurauan dengan keluarga semata-mata Shah dengan family Shah.. so, jangan lah korang serius sangat… gurau je pun.. tapi kebetulan nampak macam betul sijil kelahiran tu kan?

“Shah ingat benda ni takde apa-apa… So, Shah nak minta maaf dekat semua pasal isu ini dan terima kasih dekat semua yang komen secara berhemah,” tulisnya.

Muke budak Naruto tu x puas hati..😅😅😅😅 Asaalamualaikum kawan2 semua, maaf ganggu malam korang.. just nk clearkan pasal nama anak Naruto.. Sebenarnya nama anak shah bukanlah putra naruto,itu semue gurauan dgn family semata mata shah dgn family shah.. so, jgn lah korang series sngt...gurau je pun.. tapi kebetulan nampak mcm betul sijil kelahiran tu kan....mula2 shah ingt bende ni xdek pape.. tu yang tak take action ape2, juz balas komen sikit2 jer.. tapi bila dah tak terkawal smpi ade yang kecam bagai.. shah rase kene clearkan jgk kot. tu yang shah post ni.. Actlly Nama anak shah sebenar MUHAMMAD PUTRA IYYAD BIN MOHD SHAH RIZAL tu je. So shah nak mintak maaf dekat semue pasal isu ni dan time kasih dekat semue yang komen secara berhemah.. teguran pun time kasih sngt2. Yang kecam tu, jgn risau nama anak shah bukan Naruto yer,so korang blh pakai lagi name tu utk anak korang..😂😂😂. Orite time kasih semue . Shah doakan kalian semue sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya amin..Kim salam family semue..Take Care 😊✌🏻 #myson #tapawjunior #naruto #namaanaksayabukannaruto
A post shared by ShahSulaiman90 (@shahsulaiman90) on

Dalam pada itu, dia akui memang terfikir untuk meletakkan nama anaknya Naruto, namun mendapat bantahan kerana ada yang memaklumkan nama itu tidak membawa maksud yang baik.

Naruto merupakan siri manga popular di Jepun yang diterbitkan oleh pelukis Masashi Kishimoto. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com