Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar


BALIK PULAU – Satu mayat bayi lelaki bersama uri ditemukan di dalam tandas sebuah warung di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata pihaknya menerima maklumat penemuan itu daripada seorang wanita pada 9.25 pagi.

“Pasukan polis yang ke tempat kejadian menemukan mayat bayi yang masih bertali pusat di dalam tandas dan kami percaya bayi itu dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di situ,” katanya di sini semalam.

Polis juga tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan hanya beberapa jam sebelum ditemukan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com