Kucing Dicacah Tatu Tanpa Rasa Bersalah


Seekor kucing dilapor telah menjadi mangsa kekejaman manusia apabila dicacah dengan tatu oleh tuannya yag dikenali sebagai, Aleksandr.

Kucing jenis Sphynx tersebut yang diberi nama Demon merupakan spesis kucing kurang bulu telah disuntik dengan ubat pelali sebelum empat tatu dengan ukiran ala-ala gangster telah dicacah di badannya.


Tatu itu memaparkan bentuk bangunan penjara, kad dan rokok, iaitu tatu yang sering dilihat di kalangan penjenayah di sekitar Rusia.

Tindakan Aleksandr itu telah dikecam ramai pihak namun dia tetap mempertahankan tindakannya itu dengan membandingkan binatang ternakan di ladang yang dicacah dengan besi panas sebagai tanda.

“Sudah tentu saya berasa kesian padanya tetapi ia mempunyai kulit yang berbeza jadi tatu akan menjadikannya berbeza.


“Saya harap ia tidak terlalu teruk untuknya dan ini bukan tatunya yang pertama. Biasanya dia akan cepat sedar dari ubat pelali itu,” kata Aleksandr tanpa rasa bersalah.

Bagaimanapun aktivis binatang, Yelizaveta Skorynina yang membidas tindakan Aleksandr dan mendakwa walaupun ubat tersebut menghentikan pergerakan kucing namun otaknya masih berfungsi.

Tegas aktivis berkenaan, sekiranya tindakan mencacah tatu itu dilakukan dengan kerap, ia boleh menjejaskan jantung kucing terbabit. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com