KJ Puas Hati Fit Malaysia Dapat Sambutan Hangat Di Sabah


SANDAKAN – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berpuas hati dengan sambutan menggalakkan masyarakat Sabah terhadap program Fit Malaysia peringkat negeri yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan, di sini semalam.

Katanya penyertaan kira-kira 17,000 anggota masyarakat itu menunjukkan amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian rakyat.

Program hari ini merupakan pusingan ke-12 yang diadakan sejak dimulakan tiga tahun lalu dan selepas ini program akan ke Pahang (26 Mac) dan Terengganu (8 April), katanya kepada pemberita selepas program itu.

Antara acara yang diadakan hari ini ialah berbasikal, larian dan senamrobik.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com