IMPAK Buat Laporan Polis Isu Status FB Hina Agong


KOTA BHARU – Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK) semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan rakyat Kelantan menerusi media sosial baru-baru ini.

Pengerusinya Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata mereka meminta polis membuat siasatan terperinci ke atas status terbabit kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Status penghinaan itu dikatakan dimuat naik melalui akaun Facebook ‘Arif Senai’, ‘Tok Abah’ dan ‘Syam Rizal’.

“Daripada maklumat yang diterima, polis sudah mengambil keterangan individu yang menggunakan akaun Facebook ‘Arif Senai’ itu dan individu itu mendakwa akaunnya digunakan oleh pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu di sini. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com