Hantu Buaian Tiba-Tiba Muncul Di Pantai Batu Buruk?


KECOH di media sosial apabila gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu Buruk, Terengganu di muat naik baru-baru ini.

Menerusi perkongsian gambar tersebut jelas memaparkan kelibat hantu duduk di atas sebuah buaian di kawasan tumpuan pelancong berkenaan.

Pelbagai reaksi daripada netizen susulan perkongsian dan ada antaranya yang bimbang terserempak dengan makhluk ghaib menyeramkan itu.

“Baru nak pergi bercuti kat Pantai Batu Burok, buat hal la,” tulis Ladyzue Aida.


Walau bagaimanapun, orang ramai boleh menarik nafas lega apabila Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar menafikan mengenai gambar berkenaan dan menjelaskan ia hanyalah rekaan semata-mata.

Menurutnya, gambar yang ditular sejak awal minggu ini adalah tidak benar dan dilakukan untuk menakutkan orang ramai yang berkunjung ke pantai berkenaan.

Jelasnya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak akan melupuskan kesemua buaian yang terdapat di pantai itu berikutan kehadiran mahkhluk ghaib terbabit.

Malah, pihaknya akan menambah set buaian lagi di kawasan itu termasuk tiga di hadapan bazar jualan Batu Buruk dan satu di gigi air. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com