Gadis Tetap Terkenal Di Instagram Walau Tak Pernah Dedah Wajah

KEBIASAANNYA, kebanyakan daripada instafamous terdiri daripada golongan wanita dan lelaki yang mempunyai rupa paras menarik sekali gus dapat menarik bilangan ramai pengikut di laman sosial masing-masing.

Namun, hal ini berlainan buat seorang gadis dari Poland ini yang mendapat ratusan ribu pengikut hanya kerana dia tidak pernah berkongsikan wajah sebenarnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Natalia Gutkiewicz, 20, sehingga kini sudah mempunyai seramai 103,000 pengikut IG.

A photo posted by Natalia (@gutkaa) on

Menurut Natalia, dia percaya peningkatan pengikutnya mungkin disebabkan elemen misteri yang diketengahkannya, membuatkan mereka di luar sana teruja untuk mengetahui bagaimana rupa sebenarnya.

Dalam kebanyakan posting Natalia, dia tidak pernah mendedahkan wajahnya secara penuh, sebaliknya dia akan menutup bahagian mukanya dengan telefon bimbit, tangan selain akan menyunting wajahnya separuh sebelum memuat naik foto.

Malah kesemua 444 foto yang dikongsikannya, tidak ada satu pun yang pernah memaparkan wajah penuh gadis ini di laman sosial miliknya sendiri. – Kedahnews.com
A photo posted by Natalia (@gutkaa) on

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com