Fasha "Minta" Tempoh Satu Setengah Tahun Tamat Zaman Janda


LEBIH setahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Fasha Sandha memberitahu bahawa dia memerlukan sekurang-kurangnya satu setengah tahun lagi sebelum memikirkan untuk kembali menjalani alam rumah tangga.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 33, ingin memfokuskan dirinya kepada kerjaya seni serta anak-anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3, yang dalam proses membesar.

“Buat masa sekarang biarlah saya memberi fokus kepada kerjaya dan penuhi masa dengan anak-anak dahulu.

“Tetapi, apa-apa pun biarlah saya mengenali seseorang itu terlebih dahulu sekurang-kurangnya beri masa satu setengah tahun lagi kepada saya untuk kembali berkahwin semula,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Hal itu diluahkan oleh bintang Lara Aishah ini pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta Rumah Kebaya, di Bangsar, baru-baru ini.


Keputusan itu diambil oleh Fasha kerana tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa mendapat kasih sayang secukupnya dari seorang insan yang bergelar bapa.

“Biarlah saya berkahwin semula ketika anak-anak masih pada usia kecil lagi kerana mungkin mereka akan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga ini.

“Namun, apa yang saya boleh katakan, perkahwinan tersebut tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini,” jelasnya.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 40, pada April 2012 dan bercerai talak satu pada Januari tahun lalu. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com