Dyana Sofya Puji Zaid Ibrahim Sertai DAP


PETALING JAYA - Pemimpin DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan tindakan pengasas parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP baru-baru ini sebagai satu tindakan yang sangat tepat dan baik.

Menurut bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan itu, dengan penyertaan Zaid ke dalam DAP,  parti yang terkenal dengan gelaran "chauvinis ultra kiasu" itu dapat meluaskan lagi pengaruhnya di kalangan orang Melayu di negara ini.

"Sebetulnya, DAP memang perlukan pemimpin veteran seperti Datuk Zaid dan dengan kehadiran beliau ini kita dapat 'reach out'  lebih ramai orang.

"Kerjasama bersama beliau sebenarnya sudah lama, sejak 2013 lagi oleh itu perkara ini memang sudah dijangka," katanya dalam satu kenyataan kepada media, sejurus selepas Zaid mengumumkan dirinya menyertai DAP di rumahnya.


Sementara itu, Dyana turut mengulas mengenai padangan masyarakat yang selama ini menghantui DAP dan dianggap sebagai parti orang Cina, di mana "puteri DAP" itu menyifatkannya hanyalah sebagai momokan.

Malah Dyana turut memuji tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dulunya begitu terkenal mengecam dan memperlekeh DAP, tapi kini akrab bersama parti berkenaan bagi menguasai politik negara.

"Sudah lebih 50 tahun sebenarnya parti ini dimomok-momokkan sedemikian dan sekarang kita boleh lihat progres di mana orang melayu sudah boleh menerima lihat DAP ini macam mana sebenarnya.

"Kerjasama bersama Tun Mahathir dan PPBM juga turut membantu juga dan orang ramai dah sedar yang  DAP tidak seperti yang diperkatakan," katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Dyana Sofya yang mewakili DAP bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan dalam satu Pilihan Raya Kecil (PRK) tewas mengejut kepada calon BN, Mah Siew Kong, sekaligus gagal mengekalkan kerusi parlimen milik DAP itu.

Beberapa penganalisis politik mendakwa kekalahan Dyana pada PRK berkenaan adalah berpunca dari latar belakangnya yang berbangsa Melayu dan bukan dari kaum Cina.

Selain itu, Dyana ketika berkempen, dia turut mempamerkan pendirian berani dengan mengaku secara terbuka menentang hukum hudud yang diperjuang PAS. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com