Budak Usia 6 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Kuarters Guru Di Shah Alam


KLANG - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters guru di Shah Alam pada Ahad.

Muhammad Syafiq Shyahmi Mohammad Sauffi jatuh dari tingkap Blok C kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun kira-kira pukul 5 petang.

"Mangsa sedang bermain ketika kejadian dan ahli keluarganya tidak sedar mangsa memanjat meja kecil yang diletakkan berdekatan tingkap," kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Beliau berkata, Muhammad Syafiq Shyahmi terjatuh kerana jeriji besi tingkap berkenaan longgar.

Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah termasuk tulang tengkoraknya retak.

Bagaimanapun polis menolak kemungkinan berlaku unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu.

Ibu dan bapa tiri mangsa berada di rumah ketika kejadian.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com