"Bersih Boleh Pi, Takkan Himpunan 355 Tak Boleh," Kata Netizen Pada Mahfuz


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar digesa netizen untuk menghadirkan diri dalam Himpunan 355, rentetan daripada penglibatannya dalam beberapa siri Bersih yang bersekongkol dengan pimpinan DAP sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Mohd Taufik berkata, dia berharap agar Ahli Parlimen PAS itu berlapang dada dan menghadiri himpunan RUU 355 yang dianjurkan PAS tidak lama lagi.

“Harap Dato’ boleh hadir himpunan 355.. Sebagai tanda berlapang dada Dato’..Bersih boleh pi takkan yang PAS anjur xleh...tu pon kalau kalau Dato’ masih rasa Dato’ MP PAS lah klu xpi sah2 dah la apa yg org ckap,” tulisnya di ruangan komen Facebook rasmi Mahfuz.

Rata-rata netizen menyokong pandangan dan desakan yang dibuat Taufik dan menganggap Mahfuz sepatutnya mengajak DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk turut serta dalam himpunan itu agar mereka faham tentang pengertian hudud dan tidak lagi menjadi “buta perut”.

“Kena ajak DAP dengan PAN sekali.. Baru depa paham apa itu RUU 355.. Depa tu buta perut lagi..” tulis Mohd Tarmizi Bakhari pula, menyokong Taufik.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang mempertikaikan kedudukan dan status sebenar Mahfuz sekarang ini, malah ada di antara mereka yang menganggap beliau sebagai “lalang” dan akan dicantas tidak lama lagi.

“Sejak bila jadi lalang ni Dato’?? Jenis Lalang ni kalau panjang memang kena cantas.. Menyemak..” sindir Mohamad Saufi Hamdi pula.

Sebelum ini, Mahfuz dilihat lebih cenderung untuk bersama kepimpinan PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta "tidak kelihatan" di program-program anjuran PAS sehingga timbul persoalan mengenai status sebenar pemimpin veteran tersebut.

Oleh yang demikian, ramai di kalangan netizen mendesak beliau supaya menyatakan pendirian sebenar terhadap PAS.-Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com