Abang Kim Jong Un Dipercayai Masuk Guna Nama Lain


KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti lelaki Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin sebagai Kim Chol.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, identiti lelaki berusia 46 tahun itu yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dikenal pasti berdasarkan dokumen perjalanannya.

Beliau berkata, pasport Kim Chol bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.  

"Siasatan sedang dijalankan dan permohonan bedah siasat sudah dibuat bagi memastikan punca kematian," katanya. - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com