2 Gadis Melayu Bakal Sertai Pencarian Asia’s Next Top Model 5?


RANCANGAN pencarian model peragaan Asia’s Next Top Model (AsNTM) yang disiarkan menerusi saluran Astro Starworld bakal memulakan tayangannya tidak lama lagi.

Bagi musim kelima ini, difahamkan terdapat  dua gadis Melayu yang akan menyertai program berkenaan melibatkan  model profesional iaitu Shikin Gomez, 24, dan Alicia Amin, 22.

Tahun lalu, Malaysia diwakili model terkenal, Tuti Mohd Noor yang kini semakin mendapat sambutan hangat dalam bidang peragaan selain sering kali menghiasi muka hadapan majalah fesyen terkemuka negara.

AsNTM musim kelima mempertaruhkan 14 gadis dari serata Asia seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Mongolia, Myammar, Taiwan dan China untuk meraih gelaran Asia’s Next Top Model yang terbaharu.

Di bawah merupakan portfolio dua gadis manis yang mewakili Malaysia, memang macam model pro kan lagaknya dan dijangka akan mencetus kontroversi di kalangan netizen di negara ini, khususnya yang beragama Islam. –Kedahnews.com

Alicia Amin


Shikin Gomez

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com