Wajah Mengelupas Teruk Gara-Gara Produk Tiruan


Seolah wajah sendiri pula yang terasa sakit melihatkan pada gambar seorang remaja perempuan dengan kulit wajahnya seperti ‘terbakar’.

Menerusi perkongsian daripada Haslizan Ramli, dia mendakwa wajah anaknya itu mengalami pengelupasan teruk dipercayai akibat menggunakan produk pelembap aloe vera daripada satu jenama kosmetik.

Difahamkan bahawa produk berkenaan dibeli secara online dan tidak mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Lebih menakutkan, produk itu berkemungkinan besar adalah sebuah produk tiruan yang mengandungi bahan-bahan palsu menyebabkan radang kulit yang serius.

Perkongsian gambar itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bimbang untuk menggunakan produk kecantikan sama selepas melihat gambar di atas.

Pun begitu, ada juga netizen lain yang hairan kerana wajah mereka sesuai dan tiada masalah menggunakan produk sama, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai produk digunakan remaja berkenaan adalah produk tiruan yang membahayakan si pemakai.

Apa-apa pun, semoga pengguna lebih berhati-hati semasa memilih produk kesihatan dan kecantikan terutama yang didapati secara online. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com