VIDEO: Aliff Syukri Lepas Geram Dilabel Suka Tunjuk Kekayaan Diri


Tidak keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri kini bak selebriti.

Buktinya, apa sahaja yang dilakukan ‘Abang Terlajak Laris’ ini pasti mendapat perhatian.

Seperti umum mengetahui, Aliff merupakan individu yang sangat aktif dalam media sosial. Pendek kata, setiap hari ada sahaja cerita mengenai jutawan terkenal ini.

Terbaharu, Aliff ada berkongsi sebuah video meluahkan rasa tidak puas hatinya dan kecewanya terhadap sikap sesetengah netizen.

Dalam video itu, Aliff memberitahu dia selalu dikecam dan dikritik kononnya dia riak dan gemar menunjuk-nunjuk kekayaannya apabila memuat naik cerita mengenai rumah, beg dan sebagainya.

Sedangkan, niatnya hanyalah ingin memberi semangat kepada pengikutnya untuk lebih berjaya dalam hidup masing-masing.

Malah, katanya juga, dia ada berbuat amal jariah sebelum ini tetapi, tiada orang ambil peduli. Sebaliknya, jika dia memuat naik mengenai kekayaannya, perkara itu yang menjadi perhatian dan tular di laman sosial.

Sementara itu, Aliff memaklumkan bulan Mac depan, dia memperuntukkan RM250,000 kepada sesiapa yang memerlukan seperti fakir miskin dan golongan kurang upaya. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com