Trump Nafi Tindakan Untuk Sekat Orang Islam Ke AS


PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi kenyataan dari Rumah Putih pada Isnin mempertahankan perintah eksekutif yang dikeluarkan dengan menjelaskan bahawa ia bukan sekatan terhadap orang Islam daripada memasuki negara itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan ia menyamai dasar yang dilaksanakan oleh bekas Presiden AS, Barack Obama.

"Dasar saya menyamai dengan yang dilakukan oleh Obama pada 2011 apabila beliau menyekat pengeluaran visa untuk pelarian dari Iraq selama enam bulan," kata Trump dengan memberitahu bahawa perintahnya adalah selama 90 hari.

Arahan Obama sebelum ini dilaksanakan berikutan ancaman keganasan, di mana ia hanya membabitkan pelarian.

Sementara itu, perintah Trump pula lebih meluas, termasuk mereka dari tujuh negara yang mahu berhijrah ke AS.

Menurut Trump, Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman yang dikenakan sekatan itu merupakan negara-negara yang sama dikenal pasti oleh pentadbiran Obama sebagai 'sumber keganasan'.

"Diperjelaskan bahawa ini bukan sekatan terhadap orang Islam, media salah melaporkannya.

"Ini bukan kerana keagamaan. Ini adalah mengenai keganasan dan memastikan negara AS selamat.

"Terdapat lebih 40 negara di seluruh negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, tetapi mereka tidak terjejas dengan perintah ini," tegas Trump. - Mail Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com