Tewaskan Nadal, Federer Rangkul Gelaran Grand Slam Ke-18


PEMAIN tenis dari Switzerland, Roger Federer merangkul gelaran Grand Slam ke-18 selepas menewaskan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir Terbuka Australia 2017 pada Ahad malam.

Federer, 35, menundukkan Nadal dari Sepanyol melalui lima set dengan 6-4 3-6 6-1 3-6 6-3.

Nadal, 30, kekal pada tangga kedua berkongsi kedudukan dengan pemain Amerika Syarikat (AS), Pete Sampras, masing-masing meraih 14 gelaran Grand Slam.

Gelaran terbesar terakhir yang dimenangi Federer adalah Wimbledon pada 2012. - bbc.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com