Siti Nurhaliza Teruk Diketawakan Gara-Gara "Om Telolet Om"


FENOMENA sebutan ‘Om Telolet Om’ di negara jiran, Indonesia memang sudah diketahui umum dan sedang menular keseluruh dunia.

‘Om’ dalam bahasa Indonesia bermaksud ‘pak cik’ dan ‘telolet‘ pula bermakna ‘hon’ sementara itu ungkapan ‘Om Telolet Om’ bermaksud ‘Pak cik bunyikan hon pak cik.’

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah dijemput untuk menjadi juri dalam satu program realiti D’Academy Asia di negara seberang itu.

Program tersebut dihoskan oleh Rina Nose, Andika Pratama, Irfan Hakim, dan Ramzi.


Rina dan Ramzi meminta para pengulas dan juri mengucapkan ungkapan ‘Om Telolet Om.‘

Bagi juri mahupun pengulas dari Indonesia, permintaan dua hos itu tiada masalah untuk menyebutnya dan yang menjadikan pentas itu gamat adalah apabila Datuk Siti diminta menyebutnya namun tersalah sebut menjadi ‘Om Telor Om.‘


Para juri dan pengacara yang mendengar ungkapan itu ketawa terbahak-bahak sementara Datuk Siti menahan malu.

Selain Datuk Siti, salah seorang anggota 2 By 2 iaitu Zul yang turut menjadi juri jemputan dilihat ketawa sakan mendengar ungkapan Datuk Siti sebelum diminta oleh salah seorang pengacara untuk mengajarkan kepada Datuk Siti sebutan yang sebetulnya.

Video berkenaan telah tular menerusi media sosial. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com