Semua Pemain Import Kedah Bakal Diuji Malam Ini


ALOR SETAR - Buat pertama kali pasukan Kedah malam ini dijangka bakal menurunkan semua pemain import dalam satu perlawanan pra-musim yang bakal menjadi medan ujian sebelum ditawar kontrak menyarung jersi Hijau Kuning.

Bertemu dengan pasukan PDRM di Stadium Darul Aman, Ken Illso Larsen yang tidak dapat diturunkan ketika menentang Perlis baru-baru ini akibat kecederaan akan berpeluang mempamerkan aksi di depan penyokong Kedah.

Pemain dari Denmark itu semalam memohon maaf kepada penyokong Kedah ekoran tidak dapat turun menentang Perlis gara-gara kecederaan bahu dan menjanjikan aksi menaik di Stadium Darul Aman malam ini.

"Saya juga agak teruja untuk bermain untuk Kedah. Saya telah menjalani latihan bersama dan ingin memberi yang lebih baik dalam perlawanan pramusim ini," katanya, semalam.


Sementara itu, dua pemain pertahanan dari Korea Selatan, Ahin Jae Hoon dan Jang Suk Kwon, juga dijangka bakal diturunkan malam ini untuk merebut posisi yang ditinggalkan Bang Seung Hwan, bagi memenuhi kuota pemain import Asia.

"Mereka juga perlu serasi dengan pemain yang ada selain menjadi benteng pertahanan Kedah lebih ampuh," kata Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, yang dipetik dari mStar.

Selain itu, dua tonggak import Kedah, Sandro Da Silva Mendoca dan Liridon Krasniqi turut ditunggu-tunggu aksi mereka untuk bergandingan mala esok dengan pemain tempatan serta import baru bagi mencari rentak dan keserasian bersama.

Liridon dan Sandro diturunkan ketika aksi menentang Perlis
Pasukan Kedah sebelum ini mencipta kemenangan 4 - 1 menentang Perlis yang menyaksikan semua jaringan dihasilkan oleh pemain tempatan, Fakri Saarani dengan 2 gol selain Baddrol Bakhtiar dan Halim Shaar, masing-masing 1 gol. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com