AddThis

Sekitar Aktiviti Anak Muda Kedah Di Hujung Minggu Ini


ALOR SETAR - Selesai bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan di kampung Kuar Jora Tua dan kampung Tok Pauh sepagi hari, sekumpulan anak muda meneruskan khidmat bakti mereka menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung.

Sebanyak 100 keluarga di sekitar Kota Darulaman menerima sumbangan Barakah dari anak-anak muda itu, kelmarin.


Kemudian, anak-anak muda itu menyempurnakan siri pertama Jelajah Ziarah Kasih Sukarelawan Barakah dengan menyantuni sebanyak 1,000 keluarga di beberapa kampung di sekitar Alor Mengkudu dengan sumbangan barangan keperluan harian, semalam.


Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, sumbangan Barakah itu merupakan inisiatif dari Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bagi membantu golongan marhain di seluruh negeri Kedah.


Jelasnya, Ahmad Bashah mengharapkan sumbangan berkenaan dapat sedikit sebanyak meringankan beban kos sara hidup di kalangan rakyat di samping menjalin hubungan yang lebih mesra dengan masyarakat setempat.

"Kita cuba membantu dengan apa yang terdaya. Menteri Besar kita pun dari keluarga sederhana dan marhain, beliau faham tentang keadaan masyarakat di zaman ini yang agak terbeban dengan kos sara hidup.

"Kerana itulah kita cuba ringankan beban mereka. Mungkin tidak menyelesaikan masalah, namun sekurang-kurangnya ia meringankan beban mereka.


"Lagipun, sapaan kita membawa mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita orang Kedah. Kita buat cara orang Kedah, bersahaja dan tidak perlu berlakon. Kita puas melihat mereka tersenyum bersyukur setiap kali bantuan dihulurkan," katanya ketika ditemui Kedahnews.com di sini, semalam.

Difahamkan bahawa pemberian sumbangan Barakah dijalankan di setiap parlimen dan mensasarkan golongan kurang berkemampuan, miskin, berpendapatan rendah, ibu tunggal dan asnaf di seluruh negeri Kedah.


Sumbangan berkenaan juga difahamkan akan disalurkan secara berperingkat kepada golongan berkenaan dan berkemungkinan besar akan diteruskan menjadi acara tahunan di negeri ini. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com