"Sejujurnya, Saya Rindu Untuk Mengandung Lagi," - Scha Al-Yahya

PASANGAN selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari atau Schawal bersedia untuk menambah zuriat lagi.

Keinginan itu dizahirkan oleh pasangan ini ketika ditemubual oleh portal Astro Gempak.

“Perancangan untuk menambah anak itu memang ada, tetapi saya sendiri tak tahu bila.

“Jika dahulu, saya mahu menanti sehingga Lara mencecah usia dua tahun, barulah saya memikirkan perancangan untuk menambah anak.

“Namun begitu, selepas melihat sendiri Lara membesar depan mata dan Lara bakal menghampiri usia tiga tahun pada Julai ini, saya sendiri rasakan masih tidak puas untuk melihat proses pembesaran Lara,” kata Awal.


Malah Scha turut memberitahu bahawa dia rindu untuk mengandung dan menempuh proses kehamilan lagi.

Meskipun pernah berdepan detik ‘cemas’ ketika di trimester ketiga semasa mengandungkan puteri sulungnya Lara Alana namun Scha bersyukur kerana memunyai suami disisi yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Sejujurnya, saya rindu untuk mengandung lagi. Saya rasa rindu untuk menempuhi proses kehamilan.

“Walaupun saya menempuhi dugaan mencabar pada trimester pertama kehamilan ketika mengandungkan Lara dahulu, saya berjaya menempuhinya dengan bantuan suami.

“Saya bersedia untuk kembali hamil dan menempuhi proses yang sama sekali lagi,” jelasnya.


Perkembangan terbaharu pasangan ini, mereka baru sahaja melancarkan wangian di bawah label mereka sendiri iaitu Bleu By Awal dan Maroon By Scha.

Kedua-dua wangian ini dijual dengan harga RM55 setiap botol.

Sumber: Astro Gempak

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com