"Rebus" Diri Hidup-Hidup Dalam Kawah Air Panas


Seolah-olah direbus hidup-hidup.

Aksi ini dirakamkan oleh Michael Diez yang berasal dari Manila ketika sedang bercuti di Tibiao, Antique, yang terletak juga di Filipina.

Sepanjang percutiannya itu, dia telah mandi di dalam kawah panas.


Kawah berkenaan sebelum ini digunakan dalam pengeluaran gula di sebuah kilang di kawasan berhampiran.

Ia kini digunakan sebagai kolam air panas yang besar dan dilihat sebagai cara yang baik untuk melarikan diri dari angin sejuk yang lazim dialami di di Antique, Pulau Panay ini.


Walaupun gambar yang dimuatnaik oleh Diez menunjukkan seakan-akan dia dimasak hidup-hidup, namun penyediaan untuk mandi dalam kawah panas ini mengambil masa yang agak lama.

Ia bagi memastikan pengunjung melalui pengalaman yang menenangkan meskipun berada dalam air panas. Suhu kawah itu pula disediakan mengikut permintaan pengunjung. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com